Di dalam zaman yang serba moden, masih terdapat ramai wanita yang belum matang mengenai proses kelahiran bayi. Ramai wanita bimbang dan takut untuk menghadapi proses kelahiran terutamanya bila mengingati kesatikan yang akan dialami.
Peringkat awal proses kelahiran, biasa disebut sebagai "labour". Di dalam proses ini tenaga sepenuhnya diperlukan bagi penegangan otot rahim. Menjelang kelahiran, sebelum proses "labour" bermula, bayi yang dikandung telah membesar seberat lebih kurang 6 - 7 ½ lbs. Bayi akan memerlukan ruangan yang lebih besar di dalam "amniotic sac" dan jumlah cecair amniotic telah pun berkurangan dari jumlah maksimum 1,000 mm. kepada 600 mm. Jika kehamilan ini yang pertama, kepala bayimungkin akan berada di dalam "pelvis" ibunya. Rahim pula menjadi bertambah sensitif kepada stimuli dan juga semakin aktif. Serviks menjadi lembut dan pendek. Ia mungkin akan terbuka sedikit. Pada peringkat pertama proses "labour", penegangan rahim tidak berapa kuat dan ia berlaku sekali sekala sahaja. Ketika ini serviks akan membesar atau melebar. Pada peringkat kedua "labour" serviks telah melebar dengan sepenuhnya. "Amniotic sac" atau pundi air akan pecah. Ini akan mengakibatkan air mengalir turun ke dalam faraj.
Pecahan pundi air ini dinamakan "rupture of membrane". Pada peringkat ini ibu akan meneran. Teranan ini disebabkan tekanan kepala bayi ke atas tisu-tisu di pertengahan "pelvis". Satu maklumat disalurkan ke dalam otak yang mana membolehkan ibu menegangkan otot-otot perut untuk menolak bayinya keluar.Bayi akan ditolak ke bawah. Oleh kerana bentuk otot-otot yang melebar pada "pelvis", kepala bayi akan berpusing supaya muka bayi menghala ke belakang panggul. Setiap penegangan rahim dengan bantuan daya teranan ibu, kepala bayi akan bergerak lebih dekat kepada vulva. Penegangan seterusnya akan membolehkan kepala mendekati pintu faraj. Penegangan seterusnya menolak bayi ke bawah dan kepala bayi akan menembus tisu-tisu vulva. Dan kepala bayi keseluruhan akan muncul di pintu faraj. Sebaik sahaja kepala bayi keluar, ia akan berpusing, muka menghadapi paha ibunya. Proses ini adalah aturan "evolusi" supaya bagi dan keseluruhan badan bayi akan dapat meluncur dengan lebih mudah pada saluran peranakan. Setelah bayi lahir, tali pusat yang menjadi nadi kehidupan bayi tidak akan berfungsi lagi dan akan terus dipotong. Hidung dan tekak bayi akan dibersihkan dari lendir supaya bayi akan dapat bernafas. Bayi, keseluruhannya telah lahir ke dunia dengan suara tangisan.
Peringkat ketiga dan terakhir "labour" ialah penolakan keluar uri. Peringkat ini akan berakhir selama 20 minit. Kesakitan tidak akan dirasai. Satu suntikan akan diberikan oleh doktor untuk mengendurkan rahim. Proses labour telah berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan