PETUA SEKS SUAMI ISTERI


http://omdimas.com/wp-content/uploads/2009/08/karakter_seks_wanita_dengan_buah.jpg
1. Bagaimana mahu menjadikan seks sentiasa menyenangkan?
Perkara utama yang menyebabkan aktiviti seks suami isteri jadi tidak mengghairahkan lagi adalah stres. Penyebab lain pula adalah fi kiran anda sendiri. Wanita terutamanya sering memikirkan persoalan ‘adakah saya seksi’ atau ‘tubuh saya gemuk dan tak cantik’ ketika melakukan hubungan intim. Sedangkan inilah perkara yang akan mematikan keseronokan melakukan seks. Memikirkan perkara ini akan menghilangkan tumpuan terhadap seks hingga menyebabkan aktiviti yang menyenangkan ini bertukar menjadi hambar dan anda sendiri malas untuk meneruskannya.


2. Apa yang perlu dicuba agar seks makin hebat
Memang tak dapat dinafi kan bila semakin lama bersama, seks akan jadi perkara rutin yang membosankan. Jadi apa kata cuba ubah suasana ketika melakukannya. Kalau selalu asyik di rumah, tempah bilik hotel yang lebih indah dan jauh dari gangguan untuk sesi hubungan intim. Selain itu lakukan kejutan setiap minggu pada pasangan ataupun mencuba teknikteknik baru setiap kali rasa bosan itu terbit di hati. Dijamin selepas ini seks akan menjadi acara yang dinanti-nantikan dan anda sendiri pasti akan teruja untuk melakukannya.
3. Permintaan seks, bagaimana mahu diluahkan
Luahkan saja permintaan itu pada suami kerana tak mungkin suami akan menolak sesuatu yang disukai. Sebenarnya permintaan seks dari seorang isteri seharusnya tidak menjadi perkara yang janggal untuk dilakukan. Lagipun anda meminta dengan suami sendiri, pasangan yang sah. Kalau masih malu juga cuba berikan petanda yang dapat difahami oleh suami. Misalnya memakai baju yang seksi sambil membuat gerakan tubuh yang menggoda. Belaian atau kucupan hangat di leher juga boleh menjadi umpannya.
4. Apa cara pemanasan paling mengghairahkan?
Apa lagi kalau bukan urutan. Paling bagus anda bergilir-gilir melakukannya. Cubalah urut ke seluruh bahagian tubuh pasangan termasuk bahagian yang paling sensitif. Selain itu jangan lupa oles losen ataupun minyak aromaterapi. Cari haruman yang mampu membangkitkan ghairah. Selepas itu pinta suami pula melakukan perkara yang sama buat diri anda. Kalau anda tetap tidak merasa sensasi ghairah seks yang membara, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena!
5. Bagaimana mahu cuba teknik baru
Teknik atau posisi yang sama setiap kali bersama memang akan membosankan. Ramai pasangan yang berkeinginan mencuba teknik baru untuk mengelakkan rasa hambar tapi terasa ragu-ragu untuk mencubanya. Mereka bimbang suami atau isteri tak dapat menerima perubahan yang dilakukan. Selain itu ada juga yang takut teknik baru tidak menyenangkan pasangan ataupun menyakitkannya. Tapi belum cuba belum tahu. Kalau takut posisi baru menjadi sesuatu yang menyakitkan, pesanlah pada pasangan agar jangan memendamkannya sendirian. Berterus terang saja jika posisi atau teknik yang dicuba tidak menyenangkan.
6. Bagaimana mahu menggoda suami?
Antara yang paling mudah adalah dengan memberi belaian dan juga memanggilnya dengan panggilan yang paling manja. Selain itu suara isteri yang lembut juga boleh menggodanya. Begitu juga dengan gerakan tubuh penuh makna. Anda boleh saja lalu di hadapannya sambil memberi pose seksi seperti duduk dengan kaki bersilang atau berbaring sambil menguraikan rambut. Dalam pada masa yang sama berikan jelingan atau senyuman paling manis buat pasangan. Selamat mencuba!
PETUA MENYEMARKKAN PERKAHWINAN
Untuk menyemarakkan perkahwinan anda suami dan isteri seharusnya mencuba petua-petua ini:-
#1: Bisikan kasih sayang sekerap mungkin pada suami/isteri dengan perkataan “AKU SAYANG PADAMU (I LOVE YOU)” atau menggunakan kata-kata yang manja yang lain.
#2: Sentuhan sayang pada setiap masa, seperti mencium pipi atau dahi sebelum meninggalkan rumah atau berpisah seketika.
#3: Beri hadiah dan beri penghargaan pada hari-hari istimewa seperti hari lahir atau hari ulang tahun pertemuan, perkahwinan atau apa sahaja hari istimewanya atau hari istimewa bagi anda berdua.
#4: Sentiasa memberi jelingan manja ketika berdua-duaan dan senyuman mesra ketika bersama keluarga.
#5: Penuhi hari-hari anda berdua dengan gurauan dan kemesraan dengan si dia sehingga si dia merasakan dirinya benar-benar yang istimewa bagi anda.
#6: Jujur dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan sama ada perkara yang anda suka atau sebaliknya.
#7: Berbincang dan bekerjasama dalam apa jua yang dilakukan.
#8: Terokai 99 titik geli isteri, seperti telinga, leher, dada, pinggang, paha dan lain-lain lagi. Seorang lelaki/suami haruslah mengetahui 99 titik ini.
#9: Berbual mesra, berdua-duaan dan luahkan rasa tidak puas hati dengan penuh diplomasi. Jangan sehingga si dia merasakan teguran anda menghina dirinya.
#10: Sajikan makanan dan minuman kegemarannya. Tunjukkan kemahiran anda memasak sehingga membuatkan dia tidak berselera untuk makan di luar.
#11: Jadikan model untuk ikutan pasangan lain, sehingga si dia merasakan dirinya beruntung memiliki anda.
#12: Nyanyikan lagu kegemarannya. Ciptakan puisi untuknya.
#13: Bersamalah ke majlis keilmuan, sosial atau bersukan sambil berkenalan dengan kawan-kawannya. Tetapi haruslah menjaga imejnya dihadapan kawan-kawannya.
#14: Berikan urutan jari-jemari sehingga 10 minit setiap hari, tanpa dipintanya untuk melakukannya.
#15: Bertanyalah pada pasangan anda, perkara-perkara yang disukainya atau / dan perkara yang dibencinya / mendukacitakannya.
#16: Bebaskan tempat tidur dari gelanggang pergaduhan.
#17: Jangan berleter, tetapi cuba bersikap tenang. Sabar dalam satu-satu tindakan yang memeningkan kepala anda.
#18: Selalulah bersembahyang berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari bersamanya.
#19: Lakukan berbulan madu setiap tahun ke tempat yang menjadi kesukaan anda/si dia atau tempat yang pernah mencipta kenangan yang indah antara anda berdua.
#20: Selalulah tanamkan dalam diri anda bahawa perkahwinan anda adalah untuk seumur hidup dan bukannya sehari dua.
#21: Bentengkan perasaan cemburu dari mengetuk pintu hati anda/si dia. Jika timbul juga, cuba nyatakan/jelaskan padanya dengan baik.
#22: Jangan abaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pasangan anda.
#23: Senaraikan keharmonian, kehangatan setiap masa seperti hari pertama anda mengenali pasangan anda. Sesekali cerikan padanya supaya si dia turut mengingatinya bersama anda.
#24: Bersyukurlah dengan apa yang anda perolehi dengan menunjukkan rasa penuh kepuasan. Jangan memperkecilkannya dan membandingkan pemberian si dia.
#25: Sentiasa inginkan perubahan positif yang meliputi kehidupan seharian.
#26: Jadikan keluarga anda seperti jutawan yang hebat. (Bukan sahaja di dunia malah di akhirat).
#27: Usap dan kucup dahi pasangan anda sambil mengucapkan “TERIMA KASIH” setiap kali dia memberi sesuatu atau melayan anda dengan baik.
#28: Tamatkan perbualan harian sebelum masuk tidur.
#29: Adakan kesempatan memberi ’suprise’ atau kelainan kepada pasangan anda.
#30: Ghairahkan keseronokan seksual, adunkan dengan resepi dan kaedah yang digemarinya. Seorang isteri seharusnya tahu bentuk seks yang diingininya. Jangan biarkan fikirannya menerawang entah kemana. Contohnya kebimbangan terhadap mengandung. Tetaplah berbincang dengan suami apakah kaedah yang perlu digunakan.
#31: Ghairahkan seks mental sepertimana ghairahkan biologikal.
#32: Puji pasangan anda setiap kali sesuatu yang baik dihasilkan.
#33: Bantulah pasangan melakukan kerja di rumah jika ada waktu kelapangan.
#34: Tunjukkan sesuatu kebolehan dan kemahiran yang luar biasa anda kepada pasangan anda yang selama ini tidak disedarinya.
#35: Jangan memperkecilkan pendapat dan perbuatannya. Sentiasalah mendengar idea-idea pasangan anda dengan teliti sebelum membuat keputusan.
#36: Tunjukkan minat anda dengan penuh kesabaran dan cuba belajar menyukai apa yang pasangan anda sukai.
#37: Berkomunikasilah secara yang berkesan, jelas dan jujur.
#38: Jangan menghancurkan sesuatu kepercayaan yang diberikan si dia kepada anda.
#39: Bermurahlah dengan kemaafan. Jangan sekali-kali berdendam atau membalas kesilapan yang dilakukannya. Anggaplah setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan.
#40: Pimpin dan genggam tangan pasangan anda dengan erat walaupun di hadapan anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
sumber http://carforsale.azhaan.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan